Click here for Myspace Layouts

Sunday 22 May 2011

Hanya amik masa 7 minit untuk buat
senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2...

ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa.. aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...

buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress..

pusingkan kepala...

tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...

akhir sekali
buat joget kucing...

SELAMAT MENCUBA.... =)

Saturday 21 May 2011

SkEt @tY aQ Ni

GeRaM Tol La aQ ngan PomPaN SoranG nI
aq XwT PapE Pon tiBe2 nK saLah Kn aq ermm!!!
Xpe2 Aq XkesAh Pon 
Kal0 Die Wt AgY mMnG aQ x MaAf Kn dIe
KaLo Die MeRAyu Kt aq JgN HaRap La Aq Nk mA@f Kn K0!!!!!

Friday 20 May 2011

susah nye la exam huhuhu...!!!!
langsung aq xphm soalan nye adoii!!!
da la ade yg aq xjwb soaln nye tu heeheheh....!!!
lagi2 base inggeris pehh!!! mmg aq xtau la akkakaka!!!!!

Saturday 14 May 2011

CiNtA TeRhEnTi...

AkU SeDaR TaNpA DiRiMu...
KuRaSaKAn DuNiA InI TeRhEnTi...
LaMbAt, KaKu DaN TiDaK BeRnYaWa...

BaGAiKaN OtAk KuTeRhEnTi BeRfIkIr...
ApA YaNg PeRlU AKu LaKuKAn...
TaNpA KAu DiSiSi...

RiNdUKu BaGAi MeMbUnGkAm RaGaKu....
MeMbUaT AkU  TeRhEnTi UnTuK MeNgHeLa SeKaLiPuN...

JIWAkU SeSaK DAn KoSoNG....

MeNdEgAr SuArAmU BaGaIkAn TeRhEnTi NaFaSkU...
UnTuK Ku DeGaR DaN MaSuK TeRuS Ke JiWa Ku...
AgAr TiDaK DiGanGgU...
AgAr AkU TiDAk TeRlEpAs DaRi MeNdEGaR SeTiAp BuTiR BiCaRaMu...

AnDAi TuHAn MeNdEgAr RiNtIhAnKu...
BeRtEmUMu InGiN SeKaLi AkU  HeNtIkAn SeLuRuH MaYa InI...
AgAr HaNyA KaU DaN AkU MeNiKmAtInYa BeRsAmA...
AgAr MaSa InI bEgItU pAnJaNg UnTuK KiTa BeRdUa SaHaJa..

AdAkAh KaU RaSa......TeRhEnTi SeGaLa-GaLaNyA.....
BiLA SuDaH JaTuH CINTA.........

ADAKAH TANDA2 TAQWA ADA DLM DIRI KITA..?


Tanda-tanda takwa atau takut kepada Allah itu dapat dilihat dalam tujuh perkara:

1)seseorang itu menjaga lisan atau lidahnya jauh daripada Ghibah seperti membuat fitnah, mengumpat, mengadu domba dan sebagainya.

2)dia menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu.

3)pandangan juga dipelihara daripada melihat perkara-perkara haram yang boleh menggelapkan hati.
Sebab itu berpalinglah daripada melihat perkara-perkara terlarang untuk mendidik hati.
Bagaimanapun diharuskan kita memandang dengan penuh keinsafan atau untuk mengambil iktibar.

4) menjaga perut agar tidak diisi dengan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi barang yang haram berada di dalam tubuh kita.

5)menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan haram.

6)kedua-dua kaki dipelihara dan sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah s.w.t.. Seeloknya bila melangkah keluar disertai dengan doa-doa untuk memelihara diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

7)ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredaan Allah s.w.t  serta takut kepada sifat-sifat riak dan munafik.
BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM
  1. Allah memerintah malaikat mencatat amal manusia yang membaca Bismillah sebenyak 400 kebaikan.
  2. Membaca 21 kali ketika hendak tidur, akan aman daripada syaitan, kecurian, maut mendadak dan bala.
  3. Membaca ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang cerdas, terbuka hatinya, serta menjadi anak yang soleh dan baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu.
  4. Membaca 41 kali ke telinga orang pengsan, boleh memulihkannya segera.
  5. Membaca 313 kali dan selawat ke atas Nabi 100 kali pada hari Ahad pada saat matahari terbit dengan menghadap kiblat, akan mendapat rezeki tidak terduga.
  6. Membaca 786 kali kemudian tiupkan pada air, lalu diminumkan kepada orang yang bebal selama tujuh hari pada saat mata hari terbit, akan lenyaplah kebebalannya.
  7. Membaca 50 kali di hadapan orang zalim, akan tunduk atau takutlah orang zalim itu.
  8. Menulis 61 kali kalimat dengan huruf Arab di atas kertas putih, lalu sisipkan ke perut perempuan hamil, insya-Allah hidup anak yang dikandung itu.
  9. Membaca 786 kali di hadapan dagangan lalu dihembuskan selama tujuh hari, insya-Allah maju dagangannya (perniagaannya).
NOTA:
Segala khasiat yang diperturunkan oleh fadilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Oleh itu carilah keredhaan Allah dengan melaksanakan segalaperintahNya serta menjauhi segala laranganNya disamping berikhtiar dengan sesungguh hati.

[Lawak] Perompak Bas Kilang

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..


Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..


Sorang perompak berkata..
" Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"


Sorang pekerja kilang tu membalas..
" ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."


Perompak berfikir seketika..
"Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."


Pekerja kilang yang muda berkata..
" Alalaa...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."


Tetiba..makcik tu berdiri..
" Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.."

Hahahaha~

Percaya Padaku-Ungu.mpg

Monday 9 May 2011

MENGAPA PIRING ‘ASTRO’ MENGHADAP KIBLAT?

Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.


Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

p/s adakah fakta ini benar belaka atau AUTA semata-mata... 

UPDATED ! 
 Neil Armstrong, Angkasawan Negara Pertama di dunia yg telah menjejaki ke bulan.Dengar cerita,  Neil Armstrong telah masuk islam selepas beliau pulang ke bumi tetapi tidak siapa yg mengetahuinya beliau telah masuk islam..
Bagaimana  Neil Armstrong masuk islam??
Semasa beliau di bulan, beliau terdengar Azan berkumandang dan tidak mengetahui arah mana azan itu berkumandang..itu saje yg dpt saya bg tahu tidak tahu betul ataupun tak ...Wallahualam..

»Doa Hari Ibu«

Alhamdulillah
Pujian-pujian PadaMu Ya Allah
Selawat dan salam pada Rasulullah

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ
Untukmu ibu, ditadah tangan
Mohon di beri kerahmatan dan ampunan
Dalam rahim tempat simpanan
Proses mula suatu kejadian

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ
Anugerahkan kesihatan berpanjangan
Untuk ibu yang mengandungkan
Dari kesusahan menanggung kepayahan
Menjaga anak dalam kandungan

يَا اَللهُ
Anugerahkan sebesar-besar ganjaran
Untuk ibu yang melahirkan
Ketika nyawa dipersimpangan
Keselamatan anak jadi keutamaan


يَا اَللهُ
Anugerahkan kasih dan sayang
Untuk ibu yang menyusukan
Biarpun sibuk dalam tugasan
Namun ...
Anak kehausan tidak dibiarkan

يَا اَللهُ
Anugerahkan darjat kesabaran
Untuk ibu yang mendodoikan
Biarpun terpaksa berjaga malam
Yang penting ...
anak lena tiada gangguan

يَا اَللهُ
Anugerahkan sifat kecekalan
Untuk ibu yang membesarkan
Setiap pergerakkan di bawah pengawasan
Bagi memastikan tiada kecederaan

يَا اَللهُ
Anugerahkan sifat ketabahan
Untuk ibu yang diaibkan
Kerana anak yang melakukan
Tidak termaktub dalam pengajaran
يَا اَللهُ
Anugerahkan darjat ketinggian 
Untuk ibu yang kesedihan
Mendoakan anak menjadi insan
Selepas solat tidak dilupakan

يَا اَللهُ
Anugerahkan kerahmatan
Untuk ibu yang tidak mengharapkan
Segala usaha diberi pembalasan
Yang penting..
Anugerah tuhan dapat dilaksanakan

يَا اَللهُ
Kami banyak berdosa
Khususnya pada ibu dan bapa
Dalam mengejar hidup bekerjaya
Meninggalkan mereka dalam derita

يَا اَللهُ
Kami banyak berdosa
Khususnya pada ibu tercinta
Menyimpan perasaan dalam jiwa
Dek karenah anak/menantu derhaka

يَا اَللهُ
Kami banyak berdosa
Pada ibu tercinta
Kerana isteri kita terlupa
Hak dan tanggungjawab yang ada 

اَللهُ يَا اَللهُ
Pada ibubapa mohon kemaafan
Pada Mu Ya Allah mohon keampunan
Atas sebarang keterlanjuran
Agar... tidak menyesal kemudian 

Jadikan kami..
Anak yang kenal erti budi
Tidak takbur meninggi diri
Walau sudah berkedudukkan tinggi
Demi mencari redhaMu ilahi

Segala apa yang diberi
Dari ibu yang dikasihi
Dari dulu hingga kini
Tak kan dapat dibayar ganti

Hanya doa galang ganti 
Dari anak yang menginsafi
Merujuk pada hadis Nabi
Anak soleh yang memahami

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ

Kini... ibu dimamah usia
Anak- anak jauh di mata
Hanya menanti khabar berita
PadaMu Ya Allah mohon dipelihara

Sekali lagi Ya Allah yang Maha Pencipta
PadaMu sahaja tempat meminta
Ampunkan segala dosa 
Samada kecil atau besar ia
Dari kami juga ibubapa
Mudah-mudahan mengundang ke syur ga
Dan jauh dari segala sengsara
Jauhkan juga azab neraka

Soalan Pelik Jawapan Cerdik

Seorang guru, Cikgu Murni menghadapi masalah dengan salah
seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :
"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?" 

Lalu Abu menjawab,
"Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki
UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di
tempat yang sama juga!". 

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia
bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu,
Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua
mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal
menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu
dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan
Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan. 

Pengetua: Apa 3 x 3? 
Abu: 9 
Pengetua: Apa 6 x 6? 
Abu: 36 


Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2
UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu
pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini
sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua,
"Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?".
Pengetua dan Abu bersetuju. 

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua? 
Abu: (berfikir) Kaki 

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya? 
Abu: Saku 


Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya
berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis
keputihan? 
Abu: Kelapa 

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit? 

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab. 


Abu: Gula-gula getah (Bubblegum) 

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki? 

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab. 


Abu: Bersalaman 

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay? 
Abu: Baik Cikgu 

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak. 

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni. 


Abu: Khemah 


Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak
teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu. 

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1. 


Abu: Cincin perkahwinan 


Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan
meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak
hembuskan saya, akan berasa lega. 

Sekali lagi pengetua
rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin
membantah, tapi si Abu mendahuluinya. 


Abu: Hidung 

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya. 
Abu: Anak panah 

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay? 
Abu: Okay 

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement? 
Abu: Firetruck 

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand. 
Abu: Fork 


Cikgu Murni: What is it that all main have one of. It's longer on some
main than on others, the pope does not use his, and a man gives it to
his wife after they are married? 
Abu: Surname 

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping? 
Abu: Heart 


Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang
diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke
Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah". 

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning... ..hehehe